Daripada Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda, “Akan masuk ke syurga orang-orang yang hati mereka seperti hati burung (yakni benar-benar berserah dan percaya kepada jaminan Allah pada dirinya)”.
Firman Allah yang bermaksud :
“Sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (At-Talaaq : 3)
Rasulullah saw bersabda :
"Jika kamu bertakwa kepada Allah dengan sebenar-sebenar tawakal, maka Allah memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Allah memberikan rezeki kepada burung, pagi-pagi keluar sarang dalam keadaan lapar, dan petang hari pulang ke sarang dalam keadaan kenyang." (At Tarmizi, Ahmad, Ibnu Majah)
Seharusnya kita sebagai muslim perlulah ada pada diri kita sifat tawakal yang bermaksud hanya Allah s.w.t kita berserah diri.
- Tawakal bukan bermaksud tanpa ada usaha, yang di maksudkan selepas apa yang
kita kerjakan perlu ada usaha, doa dan seharusnya kita berserah pada Allah s.w.t iaitu
tawakal.
- Perlu ada dalam diri kita sebagai muslim yang semua urusan kita didunia ini dibawah
adalah jagaan Allah s.w.t.
Firman Allah di dalam surah Al-Mulk :-
"Maha Suci Allah Yang di tanganNya-lah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu"
Allah Maha Pemurah
Daripada Anas RA daripada Nabi SAW dalam apa yang diriwayatkan daripada tuhannya (hadis Qudsi) firmanNya: “Jika seseorang hamba menghampiriku sejengkal, maka aku menghampirinya sehasta, jika dia menghampiriku sehasta maka aku menghampirinya sedepa dan jika dia datang kepadaku dengan berjalan maka aku datang kepadanya dengan berlari.”
Daripada Abu Yahya Suhaib bin Sinan RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sungguh menakjubkan urusan (pekerjaan) seorang Mukmin (yang sempurna imannya) semua yang berlaku ke atas dirinya adalah baik belaka. Ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang Mukmin iaitu jika beroleh kesenangan, dia bersyukur dan syukur itu lebih baik baginya dan jika dia ditimpakan kesusahan dia bersabar dan sabar itu lebih baik baginya.”
Marilah beristigfar kepada Allah masih ada masa kita berubah kepada kebaikan yang di redhoi Allah. Jadilah kita sebagai muslim yang dituntut oleh Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment