Jadilah
diri kita sebagai hamba Allah yang bersyukur
kepadaNya di atas segala nikmat-nikmat yang diberikan kepada kita
tanpa perlu dibayar. Bertapa pemurah dan penyayangnya Allah kepada
makluknya sehinggakan bukan di kalangan orang yang beriman (kafir)
pun dapat menikmati segala rezeki, kemudahan, kesihatan dan banyak
lagi nikmatNya yang tidak dapat kita menghintungnya.
Bertakwalah
kepada Allah dengan sebenar-benar takwa,
ingatlah kepada Allah ketika masa kita senang dan kesempitan, Allah
akan ingat kita semua dalam apa jua keadaan sekali pun.
Cintalah
pada Allah, kita
semua tidak akan rugi di dunia mahupun di akhirat kelak. Sekiranya
kita sangat mencintai pada dunia, dunia kelamaan akan meninggal
kita, iaitu kematian datang menjemput dengan tiba-tiba tanpa
insyarat, sekiranya cinta pada harta kelamaan harta akan habis,
sekiranya cinta pada kebendaan kelamaan akan ada kerosakan.
Tanda
Allah mencintai hambanya yang soleh, sekalipun
seluruh dunia dan isinya memerangimu nescaya tidak akan ada yang
dapat memudaratkan kamu, bila Allah kasih dan cinta pada kita
tedetik dan terlintas di lubuk hati, nescaya Allah capaikan apa jua
yang dihajatinya tanpa perlu mengakat tangan untuk berdoa.
Bila
Allah telah mencintai hambaNya,
dengan sendiri kita dapat membezakan yang baik dan buruk. Siapa yang
yang beramal dengan satu ilmu yang diketahuinya nescaya Allah akan
tambah lagi ilmu yang sebelum ini tidak diketahuinya dan bertambah
lah rezeki serta ada keberkatan dalam hidupnya.
Ingatlah
janji Allah benar, Allah
tidak menyia-nyiakan hambanya yang bertakwa. Allah jualah
sebaik-baik perlindung. Carilah redho Allah, masih belum terlambat
untuk bertaubat, masih belum terlambat untuk beribadat, masih belum
terlambat untuk menuntut ilmu, sebelum datangnya hari kematian kita
dijemput oleh Allah, untuk mengadap padaNYa dengan apa yang kita
telah lakukan masa hidup didunia ini.
Bila
masa kematian datang, kita
tidak dapat menangguhnya dan sesiapa pun tidak dapat menolong kita,
yang tinggal hanyalah amalan sahaja yang dapat menyelamat kita dari
azab kubur dan api neraka (akhirat).
Allah
sahajalah yang dapat mengampun segala dosa
yang telah kita perlakukan semasa didunia. Dialah yang mengidupkan
kita dan dia pula yang akan mematikan kita.
Kita
hanyalah pinjamanNya di atas dunia,
manfaatkanlah semasa hidup kita di atas dunia ini dengan menjadi
sabaik hamba Allah yang beriman, dan melakukan apa yang
diperintahkanNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya. Insyallah
kita semua akan selamat dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment