8 April 2014

Mati Iti Pasti Apakah Kita Ini Bernar-Benar Mukmin










Tiada tuhan yang disembah selain Allah dan nabi Muhammad s.a.w utusan Allah, segala pujian hanya untuk Allah yang menjadikan langit bumi dan segala isinya, dengan rahmat dan kasih sayangNya.


Semua ini dijadikan bukan suatu sia-sia, beruntunglah orang yang mengunakan akal berfikir tentang kebesaran Allah dan menjadikan diri sebaik-baik hamba Allah yang beriman dan bertakwa kepadaNya.


Sabda Rasulullah s.a.w  ''Mukmin yang sempurna imannya adalah yang baik akhlaknya''

Sebaik-baik mukmin itu mengajak kearah kebaikan iaitu beriman kepada Allah dan beramal dengan ilmu.


Setiap orang mukmin perlu ada didalam dirnya sifat kasih sayang sesama makluk Allah seperti manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan kerana Allah suka pada hambanya yang ada perasaan kasih sayang.


Sabda Rasulullah “Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) :


“Allah menjadi (Pemimpin) Pembela bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Al Jasiyah: 19)

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan lepaskan dia dari masalah hidup.”
(At Thalaq: 2)


“Dan akan diberi rezeki sekira-kira tidak diketahui dari mana sumbernya.” (At Thalaq: 3)


“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, dipermudahkan Allah segala urusannya.”
 (AtThalaq: 4)

“Jikalau penduduk sebuah kampung (atau sebuah negara) itu beriman dan bertaqwa, Tuhan akan bukakan berkat daripada langit dan bumi.” (Al A’raf: 96)


“Sesungguhnya amal ibadah yang diterima Allah ialah dari orang yang bertaqwa.”
(Al Maidah: 27)


“Wahai mereka yang beriman hendaklah kamu takut kepada Allah. Hendaklah kamu memperkatakan kata-kata yang teguh; nescaya Allah akan membaiki amalanamalan kamu…” (Al Ahzab: 70-71)


“Wahai mereka yang beriman hendaklah kamu takut kepada Allah. Hendaklah kamu memperkatakan kata-kata yang teguh; nescaya Allah akan membaiki amalanamalan kamu…” (Al Ahzab: 70-71)


“Wahai mereka yang beriman, hendaklah kamu takut kepada Allah. Hendaklah kamu memperkatakan kata-kata yang teguh; nescaya Allah akan membaiki amalan-amalan kamu dan akan mengampun bagimu dosa-dosa kamu.” (Al Ahzab: 70-71)


“Bertaqwalah kepada Allah nescaya Allah akan mengajar kamu.” (Al Baqarah: 282)


“Dan Kami ajarkan dia ilmu yang datang dari dari sisi Kami.” (Al Kahfi: 65)


“Sesungguhnya orang yang bertaqwa apabila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahan mereka.”
(Al A’raf: 201)


“Sesungguhnya orang yang bertaqwa itu berada dalam Syurga dan (di dalamnya mengalir) mata air. (Dikatakan kepada mereka): ‘Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman’.” (Al Hijr: 45-46) dan laigi FirmanNya, “Itulah Syurga yang akan Kami wariskan kepada hamba-hamba Kami yang selalu bertaqwa.” (Maryam: 63)







No comments:

Post a Comment

Total Pageviews