- Jadilah diri kita sebagai hamba Allah yang bersyukur kepadaNya di atas segala nikmat-nikmat yang diberikan kepada kita tanpa perlu dibayar. Bertapa pemurah dan penyayangnya Allah kepada makluknya sehinggakan bukan di kalangan orang yang beriman (kafir) pun dapat menikmati segala rezeki, kemudahan, kesihatan dan banyak lagi nikmatNya yang tidak dapat kita menghintungnya.
- Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, ingatlah kepada Allah ketika masa kita senang dan kesempitan, Allah akan ingat kita semua dalam apa jua keadaan sekali pun.
- Cintalah pada Allah, kita semua tidak akan rugi di dunia mahupun di akhirat kelak. Sekiranya kita sangat mencintai pada dunia, dunia kelamaan akan meninggal kita, iaitu kematian datang menjemput dengan tiba-tiba tanpa insyarat, sekiranya cinta pada harta kelamaan harta akan habis, sekiranya cinta pada kebendaan kelamaan akan ada kerosakan.
- Tanda Allah mencintai hambanya yang soleh, sekalipun seluruh dunia dan isinya memerangimu nescaya tidak akan ada yang dapat memudaratkan kamu, bila Allah kasih dan cinta pada kita tedetik dan terlintas di lubuk hati, nescaya Allah capaikan apa jua yang dihajatinya tanpa perlu mengakat tangan untuk berdoa.
- Bila Allah telah mencintai hambaNya, dengan sendiri kita dapat membezakan yang baik dan buruk. Siapa yang yang beramal dengan satu ilmu yang diketahuinya nescaya Allah akan tambah lagi ilmu yang sebelum ini tidak diketahuinya dan bertambah lah rezeki serta ada keberkatan dalam hidupnya.
- Ingatlah janji Allah benar, Allah tidak menyia-nyiakan hambanya yang bertakwa. Allah jualah sebaik-baik perlindung. Carilah redho Allah, masih belum terlambat untuk bertaubat, masih belum terlambat untuk beribadat, masih belum terlambat untuk menuntut ilmu, sebelum datangnya hari kematian kita dijemput oleh Allah, untuk mengadap padaNYa dengan apa yang kita telah lakukan masa hidup didunia ini.
- Bila masa kematian datang, kita tidak dapat menangguhnya dan sesiapa pun tidak dapat menolong kita, yang tinggal hanyalah amalan sahaja yang dapat menyelamat kita dari azab kubur dan api neraka (akhirat).
- Allah sahajalah yang dapat mengampun segala dosa yang telah kita perlakukan semasa didunia. Dialah yang mengidupkan kita dan dia pula yang akan mematikan kita.
- Kita hanyalah pinjamanNya di atas dunia, manfaatkanlah semasa hidup kita di atas dunia ini dengan menjadi sabaik hamba Allah yang beriman, dan melakukan apa yang diperintahkanNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya. Insyallah kita semua akan selamat dunia dan akhirat.
SEMOGA
KITA SEMUA SELAMAT DI DUNIA & DI AKHIRAT
No comments:
Post a Comment