GAMBAR HIASAN
Tuesday, April 14, 2009
Syurga
Al-Jannah Menurut Perspektif Al-Quran Dan As-Sunnah
Oleh: Siti Afiqah Bte. Abdul
Segala puji bagi Allah
S.W.T. yang telah mengurniakan segala nikmat kepada kami di dunia
dan di akhirat. Syurga merupakan salah satu nikmat kurniaan Allah
yang terbesar kepada umatnya yang beriman. Terdapat pelbagai
kenikmatan dan kesenangan yang disediakan ole Allah S.W.T. kepada
kita di dalam syurga. Untuk memasuki syurga, kita perlulah taat
kepada Allah dan mengamalkan amar makruf nahi munkar. Kita perlulah
melakukan segala kebaikan dan menghindari segala kejahatan ketika
berada di dunia untuk kita menempatkan diri di dalam syurga kelak.
Hidup di dalam syurga juga mempunyai banyak kelebihan yang diberikan
oleh Allah S.W.T. kepada hambanya yang taat. Kenikmatan yang
dinikmati di syurga adalah lebih hebat daripada nikmat yang
dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada kita di dunia. Oleh itu,
berebutlah kita melakukan amal kebaikan sebagai bekalan untuk kita
memasuki syurga kelak……
Bismillahirrahmanirrahim…….
Alhamdulillah
bersyukur ke hadrat Ilahi, saya dapat menyekesaikan tugasan yang
diberikan oleh Ustaz Abdul Aziz Bin Harjin. Saya memilih tajuk
“Syurga Al-Jannah. . mengikut perspektif Al-Quran dan As-Sunnah”
sebagai tajuk tugasan saya. Saya memilih tajuk ini kerana saya
berminat terhadap isi kandungan buku yang menjadi rujukan saya untuk
membuat tugasan ini. Ia menceritakan tentang keadaan di syurga dan
tentang isi-isi yang terdapat di dalam syurga. Saya juga dapat
mengetahui kenikmatan- kenikmatan yang ada di syurga yang kita tidak
dapat di mana-mana. Saya amat berterima kasih kepada Allah S.W.T
kerana mengizinkan saya menyiapkan tugasan ini. Saya juga berterima
kasih kepada kedua ibu bapa, ustaz, dan kawan-kawan yang banyak
membantu saya menyelesaikannya. . Sekian…………
NAMA-NAMA
SYURGA
Syurga mempunyai banyak nama. Antaranya ialah:
a.
Al-Jannatu
Al-Jannatu adalah nama am yang meliputi keseluruhan
kediaman syuga Allah (dar). Terdapat pelbagai jenis kenikmatan dan
kelazatan, keseronokan, kegembiraan dan terdapat juga bidadari yang
dipanggil Qurratul-a’yun. Nama ini juga disebut di dalam Al-Qur’an
sebanyak143 kali.
b. Darussalam
Syurga ini dinamakan
Darussalam kerana syurga adalah tempat yang selamat daripada ujian
dan keburukan kepada ahli-ahlinya. Nama Darussalam telah dinyatakan
oleh Allah S.W.T. di dalam Al-Qur’an. Di dalam firmannya:
Ertinya:Allah S.W.T. menjemput ke syurga Darussalam. (Surah
Yunus:25) Dan firman-Nya lagi: Ertinya:Bagi merekadisediakan syurga
Darussalam di sisi Allah S.W.T. (Tuhan mereka) (Surah
al-An’am:127)
Nama al-Salam adalah antara nama-nama Allah
S.W.T. Sesungguhnya Allah S.W.T. telah memberikan keamanan dan
keselamatan kepada ahli-ahli syurga dan memberi salam kepada mereka.
Hal ini terkandung di dalam hadith daripada Jabir yang diriwayatkan
oleh Ibn Majah yang bermaksud: Ertinya:Daripada Jabir dia
berkata:Rasulullah s.a.w bersabda, semasa ahli syurga menikmati
segala nikmat-nikmat yang ada pada mereka di syurga dengan demikian
akan memencar sinar cahaya, maka mereka akan pandang ke arah sinaran
cahaya itu. Dengan tiba-tiba Allah S.W.T. berada meninjau(melihat)
ahli syurga daripada atas dan mengucapkan salam kepada ahli syurga.
Ucapan salam yang diucapkan oleh ahli-ahli syurga dengan
perkataan al-Salamu. Ini dinyatakan oleh Allah S.W.T. di dalam
firman-Nya: Maksudnya: Ucapan penghormatan mereka antara satu sama
lain di syurga itu ialal Salam. (Surah Ibrahim:23) Dan Allah S.W.T
juga berfirman di dalam surah lain: Ertinya:Dan malaikat masuk ke
tempat mereka melalui semua pintu (syurga) sambil mengucapkan
salamualaikum (salam sejahtera kepada kamu) dengan apa yang kamu
bersabar (di dunia). (Surah al-Ra’ad:23-24)
c. Darul
Kluldi
Ia bermaksud kediaman yang kekal. Ini menunjukkan ahli
syurga akan mendiaminya selama-lamanya. di dalam firman AllahS.W.T.
: Ertinya:Adakah itu yang baik atau syurga yang kekal yang telah
dijanjikan Kepada orang-orang yang bertaqwa.
d. Darul
Maqam(Syurga al-Maqam)
Allah S.W.T. telah menyebut nama ini di
dalam Al-Qur’an dan menceritakan tentang keadaan ahli syurga.
Firman-Nya yang bermaksud:Dan mereka berkata:segala pujian adalah
bagi Allah yang telah menghilangkan kesedihan daripada kami,
sesungguhnya Tuhan kami adalah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri
yang menempatkan kami dalam kediaman yang kekal(syurga)dan
kurnia-Nya dan di dalamnya kami tidak merasa lelah dan tidak pula di
dalamnya merasa letih lesu. (Surah Fatir:34-35)
e. Jannatul
Makwa(Syurga Makwa)
Nama syurga ini bermaksud syurga yang menjadi
tempat tinggal orang yang bertaqwa. seperti di dalam firman-Nya:
Ertinya:Dan adapun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan
mencegah dirinya daripada mengikut hawa nafsu maka sesungguhnya
syurga ialah tempat perlindungan mereka. (Surah
al-Nazi’at:40-41)
f. Jannatu ‘Adnin(Syurga ‘Adnin)
Makna
‘Adnin bermaksud tinggal di sesuatu tempat yang berterusan. Oleh
itu, ahli Syurga juga menetap selamanya di dalam syurga. Allah S.W.T
telah menyebut nama ini beberapa kali di dalam Al-Qur’an.
Antaranya: Firman-Nya: Maksudnya:Syurga ‘Adnin yang telah
dijanjikan oleh Allah S.W.T. yang Maha Pemurah kepada
hamba-hamba-Nya, walaupun (syurga itu) mereka tidak nampak. (Surah
Maryam:61)
g. Darul-Hayawan
Firman Allah S.W.T:
Maksudnya:Dan sesungguhnya kediaman (syurga) itu ialah kehidupan
yang sebenar-benarya, kalaulah mereka mengetahuinya. (Surah
al-‘Ankabut:64) Maksud al-Hayawan dalam ayat ini mengikut ahli
tafsir ialah syurga. Ertinya syurga itu kekal dan tidak akan ada
kematian da dalamnya.
h. Al-Firdaus
Dalam firman Allah
S.W.T. Ertinya:Mereka itulah orang yang akan mewarisi (yakni) syurga
Firdaus, mereka kekal di dalamnya. (Surah al-Mu’minun:10-11)
Ertinya:Sesungguhnya orang-orang beriman dan beramal soleh bagi
mereka adalah syurga Firdaus. (Surah al-Kahfi:107)
Dalam
hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, al-Hakim,
dan al-Baihaqi, baginda bersabda: Ertinya:Apabila kamu meminta
(memohon) syurga daripada Allah S.W.T. maka kamu mintalah syurga
al-Firdaus, sesungguhnya al-Firdaus adalah syurga yang paling tinggi
dan pertengahan syurga, dandaripadanya memancarsemua sungai-sungai
di syurga. i. Jannatul Naim Nama ini adalah nama am syurga dan ia
mengandungi semua jenis nikmat sama ada ia zahir atau batin. Dalam
firman Allah S.W.T. : Maksudnya:Sesungguhnya orang-orang yang
beriman dan mengerjakan amal-amal soleh mereka akan memperolehi
syurga-syurga yang penuh kenikmatan. (Surah Luqman:8)
Maksudnya:Di
bawah mereka mengalir sungai-sungai di dalam syurga yang penuh
kenikmatan. (Surah Yunus:9)
j. Al-Muqamul-Amin(Tempat yang
selamat)
Firman Allah S.W.T. : Ertinya:Sesungguhnya orang-orang
yang bertaqwa berada di tempat yang aman. (Surah al-Dukhan:51)
k.
Maq’adu Sidqi
Maksud maq’adu sidqin yang diberikan oleh Allah
S.W.T. ialah kerana maksud Tuhan daripada maq’ad(kursi)ialah
kesenangan dan kecantikan, dan ia dapat dinikmati di syurga. Firman
Allah S.W.T. : Maksudnya:Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa
ditempatkan di dalam syurga-syurga dan (berhampiran)sungai-sungai,
di tempat yang benar di sisi Tuhan yang Maha Berkuasa. (Surah
al-Qamar:54-55)
SIFAT AHLI SYURGA DI DUNIA
Ketika
berada di dunia, ahli-ahli syurga mempunyai perasaan takut kepada
Allah S.W.T. Mereka sentiasa takut kepada pembalasan di hari
akhirat. Oleh itu, mereka sentiasa berasa sedih dan sentiasa
beribadat kepada Allah. Ibn Wahab berkata:”Saya telah mendengar
daripada Ibn Zaid berkata:”Allah S.W.T. menyifatkan ahli syurga
dengan sifat takut (daripada AllahS.W.T.) dan bersifat sedih dan
menangis dan meneruskan silaturrahim di dunia, maka mereka akan
diikuti (diberi ganjaran)denga nikmat dan kegembiraan di akhirat,
dan dia membaca Al-Quran: Dalam firman Allah: Ertinya:Mereka berkata
sesungguhnya kami dahulu sewaktu berada di tengah-tengah keluarga
kami, merasa takut (akan diazab). (Surah al-Thur:26) Allah S.W.T
juga menerangkan tentang keadaan ahli-ahli neraka yang sentiasa
berseronok di dunia dan melakukan perkara yang dimurkai Allah S.W.T.
Ini dibuktikan dalam firman Allah S.W.T: Ertinya:Sesungguhnya dia
dahulu (di dunia)bergembira di kalangan kaum keluarganya(yang
sama-sama kafir), sesungguhnya ia menyangka bahawa dia sekali-kali
tidak akan kembali hidup(kepada Tuhannya). (Surah
al-Insyiaqaq:13-14)
SIFAT SYURGA DAN NIKMATNYA YANG
DISEDIAKAN ALLAH KEPADA AHLINYA
Terdapat beberapa sunnah
Rasullah s.a.w. yang menerangkan tentang sifat-sifat syurga dan
nikmatnya. Antaranya: Ertinya:Daripada Abi Hurairah dia
berkata:Rasulullah s.a.w. bersabda:Allah S.W.T berfirman:Aku sudah
menyediakan kepada hamba-hambaKu yang soleh. Apa yang mata tidak
melihatnya dan telinga tidak mendengar dan tidak terlintas di hati
manusia itu adalah simpanan (masih rahsia). Ada yang lain Aku masih
belum maklumkan kepada kamu. Diriwayatkan oleh Muslim Dalam sunnah
Rasulullah yang lain, baginda ada menyatakan syurga itu adalah
cahaya yang berkilat, wangian yang bergerak, istana yang dihias,
sungai yang mengalir bersambung-sambung, buah-buahan yang sudah
masak, isteri yang cantik dan menawan, barang-barang yang banyak,
kekal dalam keadaan yang baru dan bersinar-sinar, dan ia berada di
kediaman yang tinggi dan bercahaya. (Diriwayatkan oleh Ibn
Majah)
Dalam sunnah Rasulullah yang diriwatkan oleh Abu Daud
al-Tiyalisi pula, Abu Hurairah bertanya kepada Rasulullah, apa itu
syurga?Bagaimana bentuk binaannya?Baginda menjawab bahawa syurga itu
batu-batanya daripada emas dan perak dan lantainya daripada misk
yang harum, anak batu(di tanah dan pasirnya) daripada batu permata
dan tanahnya daripada batu zafran. Sesiapa yang memasukinya tidak
akan mengalami malang dan sentiasa dalam keadaan muda.
SUNGAI-SUNGAI DAN BUKIT-BUKIT DI SYURGA
Sungai-sungai
di syurga adalah daripada air yang tidak akan berubah rasa dan
baunya, susu yang tidak akan berubah warnanya, arak yang lazat
rasanya bagi peminumnya, dan madu yang bersih dan jernih. Hal ini
diberitahu oleh Allah S.W.T dalam Surah Muhammad ayat 15. Dalam
hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh al-‘Aqili menyatakan:
Ertinya:Diriwayatkan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W.
bersabda: sungai-sungai yang ada di syurga keluar daripada timbunan
tanah atau bukit-bukit adalah seperti misk. Al-Bukhari pula menyebut
tentang sungai di dalam Hadith al-Israk melalui riwayat Syarik
daripada Anas : Ertinya:Sesudah dia (Rasulullah)berada di langit
dunia, maka baginda berhadapan dengan dua sungai yang mengalir
berterusan dan teratur, maka baginda bertanya Jibril, ”Apakah dua
sungai itu wahai Jibril?”Jibril menjawab, ”Nil dan Furat adalah
unsurnya(sebahagian atau permulaanya)”, kemudian dia berjalan di
langit maka jadi satu sungai lagi yang ada sebuah istana daripada
mutiara dan permata zubarjat berhampirannya(atau di atasnya). Maka
baginda sentuh dengan tangan (sungai itu), maka ia adalah misk yang
wangi lagi harum. Baginda berkata: “Apakah ini wahai Jibril?”Dia
berkata”Inilah kausar yang Allah S.W.T simpan(sembunyikan) khas
kepada engkau.
DARI MANA KELUAR SUNGAI-SUNGAI
SYURGA
Sungai-sungai di syurga mengalir dari syurga Firdaus.
Ini dibuktikan oleh hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh
al-Bukhari: Ertinya:Daripada Abu Hurairah berkata:Rasulullah
bersabda:”Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan
menunaikan sembahyang dan dia berpuasa pada bulan Ramadhan, dia
berhak dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah sama ada dia telah
berhijrah kerana Allah atau ia duduk di buminya (tanah airnya yang
dia dilahirkan di situ)”. Mereka berkata:Wahai Rasulullah tak
bolehkah kami beritahukhabar gembira ini kepada orang ramai?”
Rasulullah berkata:”Sesungguhnya ada seratus darjat di dalam
syurga yang disediakan oleh Allah S.W.Tuntuk mujahidin(orang-orang
yang berjihad) di jalan Allah, diantara dua darjat itu jauhnya
seperti antara langit dengan bumi. Maka apabila kamu minta daripada
Tuhan(memohon), maka kamu mintalah syurga Firdaus. Sesungguhnya ia
adalah syurga di pertengahan, dan syurga yang paling tinggi dan di
atasnya terletaknya arshur-rahman dan daripadanya terkeluar
(mengalir)sungai-sungai syurga. ”
MINUMAN DAN PAKAIAN AHLI
SYURGA
Ahli-ahli syurga memakai pakaian sutera, minumannya
pula arak dan menggunakan bekas emas dan perak sebagai bekas
minumannya. Ia merupakan salah satu hadith Rasulullah. Ia
diriwayatkan oleh al-Nasa’i. Dalam hadith-hadithnya lagi, Baginda
bersabda: Ertinya:Barangsiapa meminum arak di dunia kemudian dia
tidak bertaubat daripadanya maka diharamkan kepadanya di akhirat.
(dan juga orang yang memakai sutera dan sesiapa yang makan dalam
bekas emas dan perak atau menggunakan untuk minuman, kerana dia
mempercepatkan apa yang Allah S.W.T. lambatkan untuk dia di akhirat
dan apa yang Allah haramkan di dunia, dia sudah melakukan).
(Diriwayatkan oleh Malik) Ertinya:Daripada Abu Said al-Khudri dia
berkata:Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yangmemekai pakaian
sutera di dunia, dia tidak akan memakainya di akhirat walaupun dia
masuk syurga. Ahli syurga yang lain akan memakainya tetapi dia tidak
akan dapat memakainya. ” (Diriwayatkan oleh Abu Daud
al-Tiyalisi)
POKOK-POKOK DAN BUAH-BUAHAN DI
SYURGA
Pokok-pokok di syurga digambarkan sangat besar hingga
diibaratkan jika seorang penunggang muda berjalan mengililinginya
sehingga tua, dia tidak akan sampai ke tempat permulaannya. Dalam
salah satu hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibn Wahab:
Ertinya:Dan Abu Hurairah meriwayat daripada Nabi S.A.W. baginda
bersabda: “Sepohon pokokyang ada di syurga seorang penunggang akan
berjalan di bawah naungannya selama seratus tahun dan baginda
berkata:kamu bacalah (wadzillin mah’duudi)[maka berita itu telah
sampai kepada Kaab dia berkata: “Benar, demi yang telah menurunkan
Taurat kepada Musa a.s bin Imran dan menurunkan al-Quran kepada
Muhammad S.A.W. ]sekiranya seorang lelaki menunggang pada muda
sahaja dan berjalan keliling di bawah pokok itu dia tidak akan
sampai balik ke tempat permulaannya sehingga dia menjadi tua.
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menanam pokok itu dengan Tangan-Nya
(Kuasa-Nya sendiri) dan menghidupkannya. Sesungguhnya dahan-dahannya
sampai hingga ke belakang pagar syurga dan tidak ada sungai di
syurga melainkan ia keluar dari bawah pokok itu. Dalam satu lagi
hadith Rasulullah yang lain yang diriwayatkan oleh ‘Abd. al-
Razzaq ada menceritakan tentang pokok di syurga ketika baginda
dinaikkan ke sadrat al-Muntaha di langit ketujuh. Baginda
menceritakan bahawa buah-buah di syurga seperti batu gunung,
dahannya seperti telinga gajah, dan dari betisnya (badan bawah
pokok) keluar dua sungai zahir, dan dua sungai batin. Baginda
bertanya kepada Jibril “apakah ini?”Jibril memberitahu bahawa
dua sungai batin itu di syurga manakala dua sungai zahir itu ialah
sungai Nil dan sungai Furat. (seperti Nil dan Furat)
Di dalam
syurga juga terdapat pokok sidru(bidara) yang tidak berduri, malahan
durinya juga dijadikan sebagai buah. Setiap buah itu mempunyai tujuh
puluh dua warna dan rasa yang berlainan.
PAKAIAN DI SYURGA
DAN PAKAIAN AHLINYA
Pakaian yang dipakai di syurga ialah dari
sutera. Dalam firman Allah S.W.T. : Maksudnya:Dan mereka akan
memakai pakaian hijau daripada sutera halus dan sutera tebal. (Surah
al-Kaft:31)
Hanad Assiri berkata:Khusaibah menceritakan
kepada kami daripada Hamad bin Salamah daripada Muhammad bin Abdul
Rahman bin Amru bin Saad bin Maaz bahawa Atarud bin Hajib telah
menghadiahkan satu pakaian daripada sutera yang diberikan kepadanya
oleh Kisra(raja Parsi) maka orang ramai berkumpul melihat dan
menyentuh kain itu dan menakjubkan mereka(tertarik dengannya).
Mereka berkata:“Wahai Rasulullah s.a.w. adakah ini turun kepadamu
dari langit?” Baginda berkata:“Apa yang menakjubkan kamu!”Demi
Allah dan jiwaku ditangan- Nya sapu tangan Saad bin Maaz di syurga
adalah baik daripada ini. Wahai ghulam (budak atau hamba abdi),
“bawalah ini kepada Abu Jahmin dan bawa kain dia kepada kami.
”
SYURGA DAN POKOKNYA PENUH DARIPADA PAKAIAN DI
SYURGA
Dalam hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh
al-Nasa’i ada menceritakan ada seorang lelaki yang datang bertanya
kepada baginda tentang pakaian di syurga. Baginda memberitahu bahawa
pakaian di syurga terlalu banyak. Hadith Rasullullah s.a.w. juga
menceritakan bahawa batang pokok di syurga adalah dari emas. Hadith
ini diriwayatkan oleh al-Tirmizi.
POKOK TAMAR DI SYURGA DAN
BUAH-BUAHANNYA
Dahan-dahan pokok tamar di syurga diperbuat
daripada batu permata zamrud, batangnya daripada emas merah dan
kulitnya adalah untuk pakaian ahli syurga dan daripada pokok tamar
itu juga dijadikan barang perhiasan dan barang kemas untuk ahli
syurga. Buah tamar di syurga seperti (alqilaalu)dan terang, lebih
putih daripada susu, lebih manis daripada madu dan lebih lembut
daripada marjerin. Buah tamar ini juga tidak mempunyai biji. hal ini
diberitahu dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibn al-
Mubarak.
TANAMAN DI SYURGA
Dalam hadith yang
diriwayatkan oleh al-Bukhari: Ertinya:Abu Hurairah berkata:pada
suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang bercakap (menceritakan) dan ada
pula seorang Badwi disitu. Baginda berkata, ”Sesungguhnya seorang
lelaki daripada ahli syurga minta izin daripada Allah S.W.T. untuk
bertanam-tanam. Allah akan berkata padanya adakah tidak ada padamu
segala nikmat yang kamu mahukannya. Dia jawab:Ya!Wahai Allah tapi
saya suka bertanam-tanaman, maka dia bertindak segera menanam
biji-bijian, dengan cepat tumbuhannya membesar dan masak dan
menunainya, dan hasilnya menjadi seperti bukit. Maka Allah akan
katakan kepadanya apa yang ada pada kamu (kamu tanam), wahai ibn
Adam (anak Adam)tidak ada sesuatu yang menyenangkan kamu”. Orang
Badwi itu berkata, ”Wahai Rasulullah orang itu tidak
lain(melainkan)orang Quraisy atau orang Ansar(orang
Madinah)merekalah mempunyai tabiat suka tanaman. Adapun kami tidak
mempunyai(kami bukan orang) tanaman, maka Rasulullah s.a.w. pun
ketawa.
PINTU-PINTU SYURGA
Sekumpulan daripada
ahlul-ilmi berkata syurga mempunyai 8 pintu. Ia berdasarkan hadith
Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim yang mengatakan sesiapa
yang sentiasa dalam berkeadaan wuduk dan sentiasa mengucap dua
kalimah syahadah akan dibuka kepedanya kelapan-lapan pintu syurga.
Dia akan masuk melalui mana-mana pintu yang dia suka. Ada di antara
ahli ulama menentukan bilangan pintu syurga berdasarkan al-Sihah. Ia
juga berdasarkan dari hadith Rasulullah. Ia mengatakan bahawa syurga
mempunyai 11 buah pintu. Antaranya ialah pintu-pintu yang terbahagi
kepada kebaikan amal ibadat iaitu pintu solat, pintu puasa, pintu
zakat, pintu sedekah, pintu haji, pintu umrah, pintu jihad, pintu
silaturrahimdan pintu rumah. Selain daripada pintu-pintu ini,
terdapat juga pintu Muhammad. Ia juga dipanggil babur-rahmat dan
babur taubat. Pintu ini sentiasa terbuka semenjak dijadikan Allah
S.W.T. Apabila terbitnya matahari dari arah barat, pintu ini akan
tertutup dan tidak akan dibuka sehingga hari Kiamat.
DARJAT
DI SYURGA
Dalam hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan
oleh al-Tarmizi mengatakan bahawa syurga mempunyai seratus darjat,
dan jarak di antara darjat itu jauhnya antara langit dan bumi. Di
setiap darjat itu jika dimuatkan seluruh manusia dan jin ternyata
cukup. Rasulullah juga bersabda:Akan dikatakan kepada penghafal al-
Quran apabila dia masuk syurga:Bacalah dan naik(darjat). Maka dia
akan naik satu darjat dengan setiap ayat yang dibacanya dan
darjatnya ialah terletak pada ayat terakhir yang dibacanya. Hadith
ini diriwayatkan oleh Ibn Majah.
BILIK DI SYURGA
Dalam
sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan al-Hakim
mengatakan bahawa al-Ghurfatu(bilik)dibina daripada batu permata
yaqut merah, atau batu permata zabarjat hijau atau mutiara putih
yang tidak ada kesan pecahan kesan sambungan. Bilik itu dilihat
seperti melihat bintang di kaki langit sama ada di sebelah timur
atau barat. Ada bilik-bilik yang bahagian luarnya boleh dilihat dari
dalam dan bahagian dalamnya juga boleh dilihat dari luar.
Bilik-bilik ini disediakan untuk sesiapa yang membaiki
percakapannya, membelanjakan makanannya, sentiasa berpuasa dan
bersembahyang di malam hari kerana Allah S.W.T.
ISTANA-ISTANA
DI SYURGA
Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. , baginda ada
bertanya kepada Bilal bin Rabah apakah amalan yang dilakukannya
sehingga dia mendahului baginda masuk ke syurga. Dia menjawab bahawa
sentiasa menunaikan solat dua rakaat. Rasulullah juga menceritakan
bahawa dia telah masuk ke syurga dan melihat sebuah istana yang
berbentuk empat segi yang dibina daripada emas. Istana itu dibina
untuk Umar al-Khattab. Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tarmizi.
Baginda juga bersabda dalam hadith lain bahawa sesiapa yang membaca
surah Al-Ikhlas sebanyak sepuluh kali, Allah akan membina sebuah
istana kepadanya di syurga, sesiapa yang membaca surah yang sama
sebanyak dua puluh kali, akan dibina kepadanya dua buah istana di
syurga dan seterusnya.
KHEMAH DAN PASAR DI SYURGA
Rasulullah
telah bersabda: Ertinya:Daripada Abu Musa al-Asy’ari bahawa
Rasulullah bersabda:Di syurga ada khemah daripada mutiara, bahagian
dalamnya kosong, lebarnya 60 batu dan pada setiap hujungnya ada ahli
keluarga isteri-isteri kepada orang mukmin, tidak nampak satu sama
lain dan orang-orang mukmin akan berjalan pusing di keliling mereka.
Hadith ini diriwayatkan oleh Muslim. Dari hadith baginda lagi,
beliau bersabda: Ertinya:Daripada Anas bin Malik sesungguhnya
Rasulullah pernah bersabda: Sesungguhnya sebuah pasar yang ada di
syurga akan dikunjungi ahli keluarga pada tiap-tiap hari Jumaat.
maka akan bertiup angina dari arah utara akan menyembur minyak atas
misk pada muka dan pakaian mereka. Mereka akan bertambah cantik dan
lawa. Maka ahli keluarga mereka akan berkata kepada kepadanya, demi
Allah S.W.T kamu sudah bertambah cantik dan lawa, selepas kamu
keluar(daripada kami). (diriwayatkan oeh Muslim)
TIADA SIAPA
MASUK SYURGA TANPA PASPORT
Dalam sabda Rasulullah:
Ertinya:Daripada Salaman al-Farisi berkata:Rasulullah s.a.w.
bersabda:tiada siapa yang masuk syurga melainkan dengan permit
“Bismillahirrahmanirrahim”, inilah buku daripada Allah(permit
masuk)kepada fulan bin fulan masukkanlah dia ke dalam syurga yang
tinggi yang buah-buahan yang berdekatan(tebal bunga). (diriwayatkan
oleh Ahmad)
ORANG MISKIN MENDAHULUI MASUK SYURGA
Rasulullah
s.a.w. ada bersabda bahawa orang fakir miskin akan masuk syurga lima
ratus lebih awal daripada orang-orang kaya.
SIFAT AHLI
SYURGA
Dalam sabda Rasulullah, “kumpulan pertama yang akan
masuk ke syurga akan bercahaya seperti bulan purnama, kumpulan yang
kedua bercahaya seperti bintang yang berkilat di langit dan terang.
Mereka tidak membuang air kecil, tidak berak, tidak meludah dan
tidak ada tahi hidung. Sikat mereka daripada emas, perak dan
merenjis mereka adalah daripada minyak wangi misk, anak batu di situ
adalah daripada permata. Isteri mereka adalah bidadari, tiap mereka
mempunyai dua orang isteri yang isi tulang betisnya boleh
menampakkan kecantikannya. Mereka tidak membenci satu sama lain, dan
sentiasa bertasbih kepada Allah S.W.T. Perempuan dari ahli syurga
dilihat betisnya putih di bawah tujuh puluh kain sehingga tulangnya
dapat dilihat. Sekiranya mereka turun ke bumi, ia akan mencahayakan
seluruh langit dan bumi, mereka sangat harum dan tudung mereka
adalah lebih baik daripada di dunia. Ahli syurga tidak akan sakit,
tidak akan mati, sentiasa dalam keadaan muda, dan tidak akan pernah
berputus asa, tidak pernah susah dan sentiasa berasa gembira.
Pakaian mereka juga tidak pernah kotor.
BIDADARI
Bidadari
memiliki dahi seperti anak bulan sepanjang bulan purnama. di
kepalanya terpasang seratus biji zafira dan di antara satu itu
terpasang tujuh puluh ribu permata yang lebih bercahaya daripada
bulan purnama dan terdapat mahkota daripada mutiara dan permata. Di
dahinya tertulis “sesiapa yang inginkanku maka dia beramal pada
tuhanku”. Ia ditulis daripada permata. Sifat mereka sangat lemah
lembut, tidak berkeras, tidak garang, mempesonakan dan tidak
mati
MAKANAN, MINUMAN DAN KAHWIN SEBENAR DI SYURGA
Ahli
syurga tidak akan kencing dan tidak berak, makanan yang mereka makan
akhirnya menjadi peluh seperti minyak wangi misk dan menjadi tasbih
dan tahmid. Dalam sabda Rasulullah: “Akan dikurniakan kepada
seorang mukmin kekuatan seratus orang mengenai jimak”. Ahli syurga
tidak tidur kerana tidur dan mati adalah adik-beradik dan di syurga
tidak ada kematian. Sekiranya seorang mukmin ingin mempunyai anak,
kandunannya, kelahiran dan usianya ditentukan seperti yang dia
inginkan.
BINATANG DI SYURGA
Burung-burung di
syurga bernama Naima. Leher mereka seperti al-Jazar (lobak merah).
Kuda di syurga adalah daripada batu permata yaqut merah dan ia
berupaya untuk terbang dan membawa ahli syurga ke mana yang
dikehendaki mereka. Rasulullah juga mengingatkan umatnya supaya
membuat kabaikan kepada kambing kerana kambing adalah binatang dari
syurga.
Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan tajuk
Syurga Al-Jannah ini ialah kita dapat mengetahui dengan lebih
mendalam tentang keistimewaan- keistimewaan yang terdapat di dalam
syurga. Kita juga dapat mengetahui kenikmatan-kenikmatan syurga yang
telah dikurniakan oleh Allah kepada hambanya yang beriman. Ciri-ciri
untuk seseorang itu masuk ke syurga juga ada dimuatkan di dalam
tajuk ini. Oleh itu, bolehlah kita mengambil kesempatan untuk
melakukan yang terbaik untuk menempatkan diri kita di dalam syurga.
Ini kerana syurga adalah salah satu nikmat yang paling besar yang
dikurniakan kepada kita sebagai hambanya. Kita patut bersyukur
kerana dilahirkan di dalam agama Islam yang sangat indah. Kita patut
mengambil dan menggunakan peluang ini untuk ke syurga.